Baju Membentuk Stail Peribadi
Wanita muda dan aktif ingin memiliki stail peribadi. Ia dapat dihasilkan melalui cara penampilan yang telah ditetapkan bersesuaian dengan anda. Teliti tips di bawah dan laksanakan apa yang secocok yang dapat menampilkan diri anda yang tersendiri.
Leher Baju
Untuk kelihatan langsing dan tinggi, tumpukan perhatian kepada kolar. Bentuk leher baju yang panjang memang sesuai untuk semua jenis leher. Leher berbentuk V dan luas sangat ideal untuk mereka yang berleher kecil dan berwajah bulat. Pastikan anda tidak memakai pakaian yang berspan di bahi, jika perlu, hanya gunakan pelapik span yang tipis sahaja supaya bahu tidak kelihatan lebar dan besar.
Corak Yang Berjalur
Pemakai boleh tampak tinggi dengan corak baju yang berjalur ke bawah. Jika kena caranya, pemasangan butang yang memanjang ke bawah di tengah-tengah baju juga akan memberi kesan langsing. Elakkan dari memakai corak yang berjalur melintang atau kasut yang bercorak sedemikian. Anda akan kelihatan rendah dari saiz sebenar.
Kasut
Jangan sesekali memakai kasut yang berwarna putih melainkan anda benar-benar tinggi. Kasut putih boleh menyebabkan anda kelihatan rendah.
Baju Yang Berpotongan Longgar
Jika mahukan kesan yang langsing, pakaian yang berpotongan longgar dengan fabrik nipis dan lembut beralun mampu membantu agar pemakai nampak langsing. Jika pakaian jenis tiga keping, pastikan anda memilih warna yang sama atau yang senada. Jika tidak, pastikan gandingan warna yang dipilih bertepatan dan sesuai.
Pinggang Kelihatan Kecil
Bagi yang berpinggang lebar, gayakan kain, skirt atau seluar yang berwarna lebih gelap dari baju. Misalnya skirt tanpa corak dengan baju yang berjalur.
Bagi Yang Berpinggang Lebar
Jika mahu tampak pinggang lebih langsing, elakkan memakai corak yang berjalur pada bahagian pinggang ke bawah, juga jangan sesekali memakai warna-warna yang terlalu berkilat, pleated skirts atau seluar panjang yang terlalu lebar. Hiasan yang terlalu berlebihan pada bahagian pinggang ke bawah akan menarik perhatian kerana anda pemakai akan tampak lebih besar. Hanya berikan tumpuan pada bahagian atas sahaja jika mahu bergaya dengan aksesori.