Tåzkiråh/Rëñuñgåñ

Home

Perkara Jgn Dilakukan
Petua Membelai Cinta
Renungan Buat Para Suami
Renungkan
Sebelum Start Kerja
Something To Share
Teka-teki
Tips
10 Peringatan Bumi
Cahaya Muka Nabi SAW
Damai
Jangan Salah Sangka
Nikmat Tersirat
Peringatan Nabi SAW
Cahaya Muka Nabi SAW

Telah diriwayatkan  daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum  subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku,  tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah  Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip  jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, "Hai Rasulullah! Alangkah bercahayanya wajahmu!"
Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang  tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"
Jawab  Rasulullah : "Orang yang bakhil."
Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"
Jawab baginda :  "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke  atasku."

Berdoa
Berkata Al-Barra' r.a. bahawa Nabi  s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang  untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang  berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."

Kijang Dan Anaknya
Diriwayatkan oleh Abu Na'im di  dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di  sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang  ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah  menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang  aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."
Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak  balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku  sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak  mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."
Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda  kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara  waktu dan aku jadi penjaminnya."
Kijang itu pun  dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai  Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau  dan Ia (Allah) berfirman: " Demi KemuliaanKu dan  KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat  Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan  Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada  engkau."
 
Alhamdulillah.. marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita  tergolong dalam umat Muhammad.
***************************
Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan sudara-mara. Semoga
kita sama-sama berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang terhadap
Rasulullah SAW.
***************************
Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu
(surah Al-Baqarah ayat : 208)