Silap Lafaz Takbir

Home

Cerita Stat Ngan Huruf K | Copot Cahabat Ciput | 4 Bakal Ayah | Pam Minyak | Sekadar Jenaka | Silap Lafaz Takbir | Siti Nurhaleeda | Bola Sepak | Cita-cita Bayi
Kisah Lucu


SILAP LAFAZ TAKBIR
 
Tarikh :- sekitar 90an Lokasi :- Sebuah sekolah asrama penuh di Perak Pelakon utama :- 'Z' nama samaran.
Ada sorang budak matrikulasi nie bernama 'Z' yang lama dah dok mengidam nak jadi tok imam. Tak tau lah sebab apa tapi memang lama dah dia dok teringin jadi imam sembahyang Maghrib atau Isya'. Mungkin sebab ada kawan-kawan seangkatan kata suara dia sedap bila baca surah-surah Al-Quran. Jadi bila jadi imam sembahyang Maghrib, Isya' atau Subuh barulah boleh praktikkan (baca kuat-kuat). Kebetulan pada bulan Ramadhan imam regular nie selalu lambat. Jadi dapatlah si 'Z' nie menyempurnakan hajat dia nak jadi imam. Nak dipendekkan cerita, selepas bilal melafazkan 'iqamah', maka 'Z' dengan hati yang berkobar-kobar pun melangkah ke depan untuk menjadi imam sembahyang Maghrib (kebetulan dia yang paling tua dalam saf di hadapan). Setelah menyangkut mikrofon kecil di bajunya, di ujinya mikrofon tu dengan dua hembusan fuh!!! fuh!!! Maka 'Z' pun bersedia untuk memulakan sembahyang.
"Nawaitu Saum ma gho dim..............(dan seterusnya sampai habis dibacanya lafaz puasa). "Allahu Akbar" dia pun mengangkat takbir. Apa lagi budak-budak kat belakang (makmumlah tu) gelak habis sampai terduduk-duduk dibuatnya. Pada waktu tu barulah si 'Z' nie sedar yang dia salah baca lafaz. Sepatutnya "Usolli Fardhol Maghribi...... (dan seterusnya) tapi kerana nervous sangat, maka dia tersilap baca lafaz puasa instead of lafaz sembahyang maghrib. Yang speaker pulak memang boleh dengar sampai ke dewan makan dan asrama puteri. Riuh-rendah dibuatnya keadaan di dewan makan. Lanjutan dari peristiwa itu 'Z' tak berani lagi jadi imam. Kalau ada pun 'imam tepuk' (ada orang tepuk kat belakang bagi isyarat dia jadi imam).