Make your own free website on Tripod.com
Cerita Stat Ngan Huruf K

Home

Cerita Stat Ngan Huruf K | Copot Cahabat Ciput | 4 Bakal Ayah | Pam Minyak | Sekadar Jenaka | Silap Lafaz Takbir | Siti Nurhaleeda | Bola Sepak | Cita-cita Bayi
Kisah Lucu


P/S : Sebelum baca ... sila buat exercise utk lidah dulu....
Cerita yg bermula dengan huruf K:
 
Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam, "Kenapa kau ketip kuku kaki kau, Ketam... kenapa?"
Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut... Kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah!"
Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan, "Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?"
Ketam ketawa, "Kah.. kah.. kah.. kah.. kih.. kih.. kih.. kih.. Kuh.. kuh.. kuh.. kuh!! Kodok.. Kodok.. kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?"
Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?"
Ketam kilas, "Kelakar."
"Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok.
Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat. "kelekuk !", kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok.
Ketam kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku? Kan kesakitan."
Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.