IRC Cømmåñd
NickServ

HOME

NickServ
NickServ Set
ChanServ
ChanServ Set
CMODES
UMODES
MemoServ

NickServ

 

·        Jika User tidak mengaktifkan nicknya dalam masa 21 hari, maka secara automatiknya nick itu akan drop.

 

REGISTER: /ns register password email

·        Arahan ini membolehkan anda mendaftarkan nick anda dengan menggunakan Nickserv. 

·        Peringatan: Penggunaan atau pemilihan password yang bijak serta menggunakan email yang betul adalah amat dihargai kerana sekiranya anda mengalami masalah berkenaan dengan password nick anda, ia akan dihantar ke email yang digunakan semasa mendaftar nick itu tadi.

 

IDENTIFY: /ns identify password atau /pass password.

·        Arahan ini akan memastikan anda adalah pemilik nick itu yang sah.

 

RECOVER: /ns recover nick password

·        Arahan ini akan membolehkan anda mendapatkan balik nick anda sekiranya ia digunakan oleh orang lain.

 

RELEASE: /ns release nick password

·        Arahan ini adalah untuk melepaskan nick ini dari enforcer dan membolehkan anda menggunakan nick tersebut.

 

GHOST: /ns ghost nick password

·       Arahan ini akan mengakibatkan pengguna nick tersebut "disconnect" dari server dan membolehkan anda sebagai pemilik nick tersebut yang sah untuk menggunakannya.

 

DROP: /ns drop nick

·        Arahan ini membolehkan anda "drop" nick anda dan ini membolehkan pengguna lain untuk menggunakan nick tersebut.

·        Anda perlu "Identify" nick yang anda mahu "drop" tersebut dahulu barulah proses seterusnya dilakukan.

·       Sekiranya nick yang anda "drop" itu adalah pemilik channel (founder), secara automatiknya channel tersebut akan "drop".

 

INFO: /ns info nick

·       Arahan ini membolehkan anda mendapatkan maklumat mengenai nick itu, seperti waktu pendaftaran nick itu, waktu terakhir nick itu aktif dan sebagainya.

 

ACC: /ns acc nick

·       Arahan ini membolehkan anda mendapat maklumat berkenaan dengan status pengguna nick tersebut.

Di bawah disertakan status² nick tersebut:
-User is not online, the nickname is not register
-acc 0 (no access / tiada akses) 
-acc 1 (matches the access list / sama didalam senarai akses) 
-acc 2 (identified / pemilik nick yang sah)

 

ACCESS: /ns access list

·       Arahan ini membolehkan anda menambah, menolak atau menghilangkan senarai pengguna (user@host masks) untuk nick anda.

·        Apabila anda mendaftarkan nick anda, user@host milik anda akan ditambah di dalam senarai akses anda secara automatik.

* /ns access add ( user@host ) 
* /ns access del ( user@host ) 
* /ns access wipe

 

WATCH: /ns watch add/del/list (nickname|channel)

·        Arahan ini membolehkan anda mengurus senarai watch anda.

·        Ia serupa dengan arahan notify.
* Cth: /ns watch add <nickname>

 

BUDDY: /ns buddy add/del/list (nickname|channel)

·        Arahan ini membolehkan anda mengurus senarai Buddy anda.

·        Ia serupa dengan arahan notify.
* Cth: /ns buddy add altezza

 

LISTCHANS: /ns listchans nickname

·        Arahan ini memberi senarai channel yang anda mempunyai akses di dalamnya.

·        Anda hanya akan dapat melihat akses untuk nick anda sahaja.

 

AUTH: /ns AUTH <command> [<nick|id>]

·         Proses untuk memberi kebenaran pengguna lain untuk menambah anda dalam senarai Buddy/watch mereka. 

* LIST      -   Membolehkan anda melihat senarai pengguna  yang

                   ingin  menambah anda.

    * VIEW      -   Membolehkan anda membaca AUTH request
                        Message. 
   * READ       -   Sama seperti di atas. 
   * APPROVE  -   Memberi kebenaran. 
   * ACCEPT   -    Sama seperti di atas.
   * DECLINE   -    Menolak permintaan.
   * REJECT       Sama seperti di atas.