[ - HeartAche@WebSite - ]

Ke Laman Utama

ÞëñGëNå£åN
Þå§å£ DiRi åkØ !!
Album akO
Renungan / Tazkirah
Gambar-Gambar
IRC Command
Horoskop
Tips
Renungan / Tazkirah

Supaya kita dapat amal & sampaikan:

10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM

                                                                           

Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1.     Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2.     Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3.     Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

4.     Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5.     Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6.     Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar   apa-apa daripadanya.

7.     Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

8.      Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9.     Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu."

 

PEPATAH : TABIAT KERJA

 

1.      rajin bercakap, rajin bekerja = BAGUS

2.      rajin bekerja, malas cakap = KENA BULI

3.      malas bekerja, rajin bercakap = WAYANG CINA

4.      malas bekerja, malas bercakap = TAK GUNA

5.      malas bekerja, suka mengadu = NYAMUK

6.      malas bekerja, selalu ponteng = BAIK BERHENTI

7.   malas bekerja, suka menyibuk = BAIK MATI !

RINGAN LIDAH

 

Abu Hurairah r.a. berkata: "Sesiapa yang diberi rezeki lima macam, maka tidak akan diharamkan dari lima macam iaitu:

1.     Sesiapa yang diberi syukur maka tidak akan diharamkan dari tambahan kerana firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Jika kamu syukur, pasti akan kami tambah untukmu."

2.     Sesiapa yang diberi sabar maka tidak akan diharamkan dari pahala, kerana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:"Sesungguhnya orang-orang yang sabar akan diberi pahala mereka tanpa dihisab."

3.     Sesiapa yang diberi taubat tidak akan diharamkan dari penerimaan kerana firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Dialah Allah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya."

4.     Sesiapa yang diberi istighfar tidak akan diharamkan dari pengampunan kerana firman  Allah S.W.T. yang bermaksud: "Bacalah istighfar, sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun."

5.      Sesiapa yang diberi doa maka tidak akan diharamkan dari penerimaan kerana firman Allah  S.W.T. yang bermaksud: "Berdoalah kamu, nescaya Aku terima untukmu."

HUTANG YANG DIBAYAR OLEH ALLAH S.W.T.

 

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah S.W.T. telah menjamin membayar hutang seseorang hamba, jika ia berhutang di dalam tiga bentuk iaitu:

1.      Jika berhutang untuk berkahwin kerana takut terjeremus ke dalam alam maksiat, kemudian nyata ia tidak dapat membayar hutangnya sampai mati, maka Allah akan membayar hutangnya itu pada hari kiamat.

2.      Jika ia berhutang untuk membantu seorang muslim yang akan keluar untuk jihad fisabilillah.

3.      Jika ia berhutang untuk mengkebumikan orang mati, maka Allah akan memuaskan orang-orang yang dihutangi pada hari kiamat.

Next